Universiti Teknologi MARA (UiTM) DUNGUN
Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebuah universiti kerjasama pendidikan awam dengan kampus utama yang terletak di Shah Alam. Ia universiti terbesar di Malaysia dari segi saiz dan enrolmen pelajar dan satu-satunya universiti awam yang menjalankan pengambilan dua kali setahun. Kemasukan universiti terbuka kepada Bumiputera dan pelajar antarabangsa sahaja, kecuali bagi program-program persediaan yang dijalankan di Pusat Pendidikan Antarabangsa (INTEC). Dasar ini dilindungi menurut kuasa Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.
Universiti Teknologi MARA (Terengganu)
Sura Hujung
23000 Dungun, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Tel : 09-8400 400
Faks : 09-8400 107
POLITEKNIK DI DUNGUN
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) diasaskan pembinaannya pada tahun 2001 di kaki Bukit Bauk, Dungun Terengganu.Sebelum ini ia dikenali dengan nama Politeknik Dungun atau PDT. Dibina di atas tapak seluas 31 hektar, politeknik ini mampu menampung pelajar sehingga 3,600 orang pada satu masa.Manakala, kediaman siswa (asrama) mampu menampung sejumlah 1200 pelajar pada satu masa.
POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
Km 8, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-8400800
Faks : 09-8458781
Emel : webmaster[at]psmza.edu.my