Produk Tempatan

Produk Tempatan | 9 October 2015

Produk tempatan yang telah dikeluarkan oleh masyarat Kg. Che Lijah Dungun antaranya ialah :

 

 

KUIH CAKOI

 

 

Kuih Cakoi ini sangat popular di kalangan pemduduk Kg. Che Lijah. Mereka membuat kuih ini untuk dijual di kedai-kedai berdekatan kampung ini. Kuih ini sangat sedap apabila dimakan bersama sup campa. Kuih Cakoi ini dimakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pagi, petang atau pun malam. Kuih ini sangat mudah dibuat dan rasanya pun sangat sedap.

 

 

 

AYAM MADU/SATE

Ayam madu ini dibuat oleh masyarakat kemboja dan dijual pada waktu petang. Kebanyakan kedai di sini terdapat ayam madu yang dijual berhampiran jalan raya. Mereka akan membakar ayam madu beserta sate untuk dijual di sekitar kepada penduduk dan orang luar.  Sate Ayam yang dibuat oleh penduduk kemboja sangat besar dan ianya berwarna merah. Sate Ayam ini dijual dengan harga RM1.00 secucuk kerana sate disini sangat besar dan berlainan daripada sate yang biasa dimakan.