Latar belakang
Muhammad Shahrul Aiman Bin Salleh merupakan salah seorang penduduk setempat yang tinggal berdekatan dengan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Che Lijah. Beliau merupakan anak jati Kampung Che Lijah. Beliau juga seorang yang peramah dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Shahrul Aiman sering berkunjung Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Che Lijah sejak wujudnya pusat internet. Beliau telah menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Che Lijah sejak tahun 2015. Beliau senang dipanggil oleh rakan-rakan dengan nama Aiman.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Pada awalnya Aiman memang tidak tahu untuk menggunakan komputer dan buta ICT. Setelah menghadiri hari terbuka yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Che Lijah tentang kelebihan dan kemudahan yang ditawarkan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Aiman Mmengajak ayahnya Salleh datang ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan mendaftar sebagai ahli. Aiman mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan kemudahan yang ditawarkan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Che Lijah iaitu latihan ICT secara berterusan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Selepas wujudnya Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Che Lijah, Aiman sering mengikuti program dan kelas di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Che Lijah. Kelas asas komputer dan mengikuti kelas Intel Learn Easy Step sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada beliau. Aiman juga dapat menggunakan komputer dengan baik dan dapat mencipta laman sosial face book sendiri untuk pembelajaran serta bergaul dengan kenalan di laman sosial. Aiman juga mempelajari serba sedikit tentang etika-etika apabila melayari internet dengan tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.